Saturday, 4 August 2012

Umum ( Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)

1 - Qada' Solat Terawih Waktu Siang Bacaan Jahar (kuat) Atau Sirr (perlahan) & Wanita Buka Aurat Depan Orang Gila

Soalan : Assalamualaikum wbt Ustaz dan sahabat semua:)>

1- Jika qodho Solat Terawih pada waktu siang, sunat jahar/sirr bacaannya ya?
2- Apakah hukumnya wanita buka aurat di hadapan orang gila? Mohon pencerahan ya Ustaz. Syukran:)>

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :
1. ada dua pendapat disisi mazhab Syafie, bolih sir kerana raikan waktu siang dan bolih jahar kerana raikan solat tersebut.
2. harus jika yg gila itu suaminya..

________________________________________________

2-Hukum Hakam

Soalan : i) kenapa zakat di setiap negeri berbeza-beza?
             ii) saya memakai tali pinggang askar, dilambang askar itu ada tercetak Allah& Muhammad.
                 Apa hukum kalau saya masuk kedalam tandas? 
             iii) apa hukum berkata"saya nak berbuka, lapar". padahal dia tidak berbuka pun .
             iv) apa tidak menghadiri majlis ilmu seperti kelas atau kuliah?
             v) apa hukum masuk tandas dimulakan kaki kanan?
             vi) apa hukum kalau kita solat, sejadah kita terbalik?

UAI : i) sebab harga dan pendapat berbeda mengikut negeri..
         ii) kena sembunyikan lambang tersebut masa masuk tandas..
         iii) tak batal
         iv) berdosa
         v) makruh
         vi) sah  
_______________________________________________


3-letak Default Picture(DP) kalimah Allah


Soalan : ustaz bole ker sy letak gambar profile sy kalimah Allah?


UAI : tak salah
_______________________________________________


4-Adab-adab nasihat


Soalan : ust kalu kita tegor nasihat untuk kebaikan kawan kite tp die berasa hati dose x kite? wajib mitok maaf x?


UAI : jika cara kita nasihat itu tidak salah dan cara lembut, kita tak salah...kdg2 nasihat boleh menyebabkan org terasa hati kerana kita tak menjaga adab2 dan peraturan memberi nasihat..
_______________________________________________


5-Like Gambar Dedah Aurat di FB


Soalan : adakah kita dikira berdosa jika "Like" foto2 fren yg lain dan mendedahkan aurat di dlm fb???? adakah kita dikira menyukai perbuatannya jika 'Like' foto2 dan komen2 yg merapu?


UAI : kalau like bermakna sokong ...haram
_______________________________________________


6-Orang kata jangan baca tulisan kat batu nisan, nanti cepat lupa

Soalan : betul ke org kata, kalau pergi ke tanah perkuburan Islam, jgn baca tulisan di batu nisan, nanti cepat lupa ingatan? 

UAI : tiada hadith yg sebut demikian...
 ______________________________________________

7- wahabi

Soalan : i) wahabi dari mazhab mano gak ustaz weh ...sy tgok org yg ikut wahabi ni tak pernah doa lepas                       smbhyang
              ii) ikut wahabi betul ke salah?

UAI : i) tak ikut mazhab
          ii) dakleh ikut ( tidak boleh ikut)
______________________________________________

8- Petua bagi orang yg selalu lambat bangun subuh
 
Soalan :salam ustaz ..saya ada masalah nak bangun pagi solat subuh ..selalu lambat sembahyang subuh..ustaz ada petua yg baik tak untuk sy ?
 
UAI : wasalam ..berdoa kepada Allah minta dimudahkan bgun solat ..InsyAllah
_____________________________________________

9-Hukum sokong komunis

Soalan : apa hukum sokong komunis?

UAI : haram sokong ideologi komunis ..tak haram sokong kalau mereka nak perkara yg tak haram contohnya bantu org kafir buat rumah anak yatim ..harus di sisi syarak
_____________________________________________

10-Berlakon sebagai bomoh / watak yang mensyirikkan Allah
 
Soalan : Salam ustaz. apakah hukum melakonkan watak bomoh/org yg mensyirikkan Allah Taala?
 
UAI : wsalam ..haram buat perkara haram sekalipun berlakon ..
 
 
Waalahualam =) 
 

0 comments: