Saturday, 4 August 2012

Soal Aqidah ( Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)

1-Hukum tabur bunga di atas kubur

Soalan : boleh tahu apa hukumnye tabur bunga di atas pusara@kubur?

UAI : jika tujuan mayat dpt rahmat tasbih bunga tersebut ..HARUS..kalau semata2 ikut budaya bukan islam..haram..teringat lagu..taaburkanlah bunga di pusaraku...andaaaai tiadaku pulang..wakaka
____________________________________________

2-Gantung Kuda Laut sebab buang suwey

Soalan : sy baru pindah rumah sewa. kat pintu utama dalam rumah tu ade tergantung kuda laut..org kate nak buang suwey rumah..buleh ke gtuu ustaz ? ..ape hukumnye ..

UAI : syirik..syaitan takut ayat2 quran bukan kuda laut ..

___________________________________________

3-Cakap Faraid Tidak Adil

Soalan : kebanyakan sy lihat membahagikan harta tidak mengikut faraid kerana setengahnya mengatakan tidak adil...adakah dgn membahagikan harta pusaka tidak mengikut faraid dikira berdosa?

UAI : berdosa dan jika mengatakan faraidh tdk adil jd murtad  haram ditanam diperkuburan islam bila mati..
___________________________________________


4-Hukum guna jin untuk berubat


Soalan : apa hukum kalau org tu ubatkan org tapi menggunakan jin islam


UAI : jumhur ulamak (seluruh ulamak) melarang manakal sebahagian kecil memakruhkannya
____________________________________________


5-Beraya ke rumah rakan india


Soalan : kalau kte g raya umah kwn india kte bole ke x? sebab wktu raya kita dy dtg rumah jd time raya dy, dy lak jmput dtg umah dy ..


UAI : tak apa..asal jgn buat2 atau ikuti apa2 jua upacara agama mereka ..
___________________________________________


6-Orang yg telah mengIslamkan kafir, kemudian mualaf itu murtad semula

Soalan : betulkah seorang yg mualaf keluar islam dosanya ditanggung oleh org yg bertanggngjawab yg mengislamkannya(sy saksi)?Bagaimana pula perbuatan dosanya pula? apa pula ganjaran pahala dpt mengislamkan seseorang?
UAI : yg murtad tanggng sendiri diakhirat nanti ..yg islamkan dy dapat pahala besar sekalipun org yg dia islamkan tuu murtad kembali ..
___________________________________________
7- Dengar kawan yang tak solat ajar tentang cara khusyuk solat
Soalan : kawan saya jenis yg xpentingkan solat ..solat sekali sekala je..nak mengajar ambe ttg cmne nak solat khusyuk..boleh dgr x cakap dy? sebenarnya ambe nak dakwah dy slow-slow
UAI : jgn duk dgr hukum solat dr org yg x solat  kerana x sunyi dari fitnah terkadang ilmunya tersasar dari kebenaran ..
___________________________________________

8-Buat gambaran tentang kiamat/syurga/neraka dalam lukisan/foto

Soalan : salam ustaz boleh x kita zahirkan , gambaran  hari kiamat, syurga dan siksa neraka dalam bentuk lukisan atau dalam bentuk fotografi ?
UAI : wsalam ..tak bolih jika dgn mksud itulah hari kiamat kerana kiamat tak mampu digambarkan dalam bentuk lukisan atau apa saja ..tapi hanya buat gambar hiasan bkn makna kiamat sebenar, bolih ..dgn syarat bkn untuk perhiasan tp untuk beri peringatan ..
___________________________________________
9- Ungkapan "simpang malaikat 44"

Soalan : apa hukum ungkapan "simpang malaikat 44"

UAI : ulamak melarang berkata begitu kerana perkataan tersebut tiada sandaran daripada islam..
__________________________________________


10-Memori yang tidak baik semua dilupakan ketika di syurga

Soalan :  SEMASA DI SYURGA, adakah MEMORI DI NERAKA ,DI DUNIA , DI PADANG MAHSYAR dpt DI INGATI atau DILUPAKAN?? ..wallahua'lam
UAI : semua yg tidak baek akan kita lupa bila masuk dalam syurga samada yg tidak baik itu di dunia atau dineraka atau di padang mahsyar ..

Umum ( Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)

1 - Qada' Solat Terawih Waktu Siang Bacaan Jahar (kuat) Atau Sirr (perlahan) & Wanita Buka Aurat Depan Orang Gila

Soalan : Assalamualaikum wbt Ustaz dan sahabat semua:)>

1- Jika qodho Solat Terawih pada waktu siang, sunat jahar/sirr bacaannya ya?
2- Apakah hukumnya wanita buka aurat di hadapan orang gila? Mohon pencerahan ya Ustaz. Syukran:)>

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :
1. ada dua pendapat disisi mazhab Syafie, bolih sir kerana raikan waktu siang dan bolih jahar kerana raikan solat tersebut.
2. harus jika yg gila itu suaminya..

________________________________________________

2-Hukum Hakam

Soalan : i) kenapa zakat di setiap negeri berbeza-beza?
             ii) saya memakai tali pinggang askar, dilambang askar itu ada tercetak Allah& Muhammad.
                 Apa hukum kalau saya masuk kedalam tandas? 
             iii) apa hukum berkata"saya nak berbuka, lapar". padahal dia tidak berbuka pun .
             iv) apa tidak menghadiri majlis ilmu seperti kelas atau kuliah?
             v) apa hukum masuk tandas dimulakan kaki kanan?
             vi) apa hukum kalau kita solat, sejadah kita terbalik?

UAI : i) sebab harga dan pendapat berbeda mengikut negeri..
         ii) kena sembunyikan lambang tersebut masa masuk tandas..
         iii) tak batal
         iv) berdosa
         v) makruh
         vi) sah  
_______________________________________________


3-letak Default Picture(DP) kalimah Allah


Soalan : ustaz bole ker sy letak gambar profile sy kalimah Allah?


UAI : tak salah
_______________________________________________


4-Adab-adab nasihat


Soalan : ust kalu kita tegor nasihat untuk kebaikan kawan kite tp die berasa hati dose x kite? wajib mitok maaf x?


UAI : jika cara kita nasihat itu tidak salah dan cara lembut, kita tak salah...kdg2 nasihat boleh menyebabkan org terasa hati kerana kita tak menjaga adab2 dan peraturan memberi nasihat..
_______________________________________________


5-Like Gambar Dedah Aurat di FB


Soalan : adakah kita dikira berdosa jika "Like" foto2 fren yg lain dan mendedahkan aurat di dlm fb???? adakah kita dikira menyukai perbuatannya jika 'Like' foto2 dan komen2 yg merapu?


UAI : kalau like bermakna sokong ...haram
_______________________________________________


6-Orang kata jangan baca tulisan kat batu nisan, nanti cepat lupa

Soalan : betul ke org kata, kalau pergi ke tanah perkuburan Islam, jgn baca tulisan di batu nisan, nanti cepat lupa ingatan? 

UAI : tiada hadith yg sebut demikian...
 ______________________________________________

7- wahabi

Soalan : i) wahabi dari mazhab mano gak ustaz weh ...sy tgok org yg ikut wahabi ni tak pernah doa lepas                       smbhyang
              ii) ikut wahabi betul ke salah?

UAI : i) tak ikut mazhab
          ii) dakleh ikut ( tidak boleh ikut)
______________________________________________

8- Petua bagi orang yg selalu lambat bangun subuh
 
Soalan :salam ustaz ..saya ada masalah nak bangun pagi solat subuh ..selalu lambat sembahyang subuh..ustaz ada petua yg baik tak untuk sy ?
 
UAI : wasalam ..berdoa kepada Allah minta dimudahkan bgun solat ..InsyAllah
_____________________________________________

9-Hukum sokong komunis

Soalan : apa hukum sokong komunis?

UAI : haram sokong ideologi komunis ..tak haram sokong kalau mereka nak perkara yg tak haram contohnya bantu org kafir buat rumah anak yatim ..harus di sisi syarak
_____________________________________________

10-Berlakon sebagai bomoh / watak yang mensyirikkan Allah
 
Soalan : Salam ustaz. apakah hukum melakonkan watak bomoh/org yg mensyirikkan Allah Taala?
 
UAI : wsalam ..haram buat perkara haram sekalipun berlakon ..
 
 
Waalahualam =) 
 

kenapa masih ada rasukan di bulan Ramadhan?

Tentang Cinta & Couple (Soal Jawab Ustaz azhar Idrus)

1-Bila Jatuh Cinta

Soalan : Assalamualaikum W.B.T ustaz...kalau kita jatuh cinta terhadap seseorang ? apa yang harus kita buat ?

UAI : wsalam Rasulullah menyuruh seorang sahabat yg ingin kpd seorang wanita agar masuk meminangnya..
_______________________________________________

2-Hukum Couple

Soalan I : Assalamualaikum..mohon siapa2 lebih baik ustaz laa..terangkan spenuhnya pasal isu "couple haram atau tak" ? sy dan kwn2 masih lagi xfaham ngan situasi ni....mekasih =)
Soalan II : kalau xjumpe....xde dating dan hnya contact jauh2 jew ustaz???

UAI : I ) kalau dmaksudkan kapel budak2 sekarang tu memang haram sebab berduaan dan bersentuhan  jelas dilarang dlm hadith2 yg soheh....berduaan atau bersunyi tanpa ditemani mahram tetap haram..
          II) contax jauh bukan couple namanye..

_____________________________________________

3-Hukum Bercinta

Soalan : ustaz saloh dop ...kalu bercintew ??

UAI : tak salah ...yg salah cara menunaikan cinta tuu ...
_____________________________________________

4-Rasa Sayang Pada Bukan Mahram

Soalan : dose ke kalu ambe sbgai sorang yg bukan mahram nge ustaz, pahtu ad merasa  syg ke ustaz ??

UAI : rasa sayang tidak berdosa cuma apa yg dilarang ialah apa yg tersebab  dari rasa sayang tersebut spt khayalan yg dibangsakan kpd nafsu...olih itu kene jaga sayang tersebut jgn sampai terbuat apa yg lebih dari sempadan antara wanita dgn bukan mahramnya..
 _____________________________________________

5- Meluahkan Rasa Cinta


Soalan : Salam ..ustaz n shbt2..ap yg ptut puan buat law org laki tanya org puan ,,,"awk ada perasaan x kt sy ?" pstu yg puan tuu ngaku .. Soalan sye patut ngaku ke senyap ( xngaku) ?


UAI : kalau dah bersedia  utk berumahtangga tak apa ...kalau masih belum bersedia spt masih sekolah , tinggalkan berkawan dengan lelaki ...
_____________________________________________


6- Bertemu jodoh di Fb


Soalan : Assalamualaikum ustaz n sahabat2 .. ambe ado kenalan seorang gadis di facebook .. jodoh melalui facebook .. jmpe da dio .. ustaz, ayoh pesan  td  surh masuk merisik cpt bleh dop?

UAI : molek tuu .. kalau dah ada rasa nak berumahtangga dan berkemampuan, risik je lah ..
_____________________________________________

7-Beza Bercouple dan Bercinta

Soalan : Apakah perbezaan antara bercouple dan bercinta ? 

UAI :bercouple biasanya membawa arti  berdua2an atau berpasangan kesana kemari manakala cinta tidak semestinya berduaan kesana kemari tapi hanya masing2  ada rasa cinta antara satu sama lain .
____________________________________________

8-Jodoh Melalui Internet

Soalan : jodoh melalui internet, apa komen kawan2...

UAI : bolih...nikmat Allah untuk org di akhir zaman..ada calun ke?
**** : tadok lagi ustaz, masih mencari =)
____________________________________________

9- Cara Pikat Wanita

Soalan : ustaz bagimana cara mahu pikat seorg wanita mengikut ajaran islam? sy lihat byk couple muda sudah hilang akhlak..byk mengikut budaya barat ..yela zaman moden ..bleh ustaz jelaskan ?

UAI : bolih kenalinya melalui saluran yg tak salah samada dgn sms atau dr kawannya atau pegi..beritahu niat sebenar utk jdkan isteri ..bila dah suka..pinang segerabolih lihat muka dan dua pergelangan tangannya saja..
____________________________________________

10- Cinta vs Couple

special by UAI : bercinta yg diharuskan ialah mencintai wanita yg akan dinikahinya tanpa bercouple kerana maksud bercouple ialah bersama kesana kemari atau berhubung setiap masa menyatakan rindu sayang dan seumpamanya yg mengundan syahwat . 

:)

Friday, 3 August 2012

Beza Suka Dan Cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan

berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita

suka, hati kita akan gembira.



Di hadapan orang yang kita cinta, musim

sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita

suka, musim itu cuma berangin sahaja.




Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang

kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat

ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan

tersenyum.



Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi

malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan

tunjukkan imej yang sebenar.





Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk

berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita

akan bebas berkata apa saja.





Kita tidak akan merenung mata orang yang kita

cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang

yang kita suka.



Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan

turut jua menangis. Bila orang yang kita suka

menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

abOuT AdMin =P

emmm, mlaz lak nak tuliz sal diri sy at sini  -,-'
law tuliz un pastu sy akan delete balik . . ,

Fiqih Wanita II (Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)

1-Wanita kalau keluar rumah tak pakai sarung kaki tak pe kan?

Soalan : Assalam~ kta perempuan kena tutup aurat.. kalo kuar rumah xpakai sarung kaki xpe x...

UAI : takper kalau tdk dedahkan kaki spt seluarnya atau kainnya labuh..
___________________________________________________



2-Orang perempuan yang uzur nak khatam Quran tapi baca dalam hati

Soalan : kalo org perempuan yg uzur..boleh tak die khatam quran jugak..die baca dlm hati la..ke tak same?

UAItiada larangan baca dalam hati..
_________________________________________________


3- Betul ke wanita kalau mandi wajib tak boleh sentuh kemaluan, nanti x sah?

Soalan :  Betul ke kalau perempuan yang mandi wajib xboleh sentuh kemaluan dia dgn tapak tangan? saya dengar mandi wajib xsah jika sentuh dgn tapak tangan,betul ke ustaz.

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : tak batal mandi wajib,hanya batal wudhuk menurut setengah ulamak..
________________________________________________

4- Rambut wanita yg gugur dikira aurat juga ke?

Soalan : assalamualaikum ustak,nk tnya nie,klau rmbut dah gugur kan adakah ia dikira aurat??

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : jika byk dikira aurat..
_______________________________________________

5- (i) hukum anak dara melakukan suntikan susu untuk menyusukan anak angkat (ii) Perihal anak susuan

 Soalan : 1) Apa hukum gadis yang belum kawen melakukan suntikan susu untuk menyusukan anak angkat?               2) Ani ada anak susuan semasa masih anak dara. Bila dia dah berkahwin,                                                         batal atau tidak wuduk    suami dia dengan anak susuan tersebut?

UAI : 1) Haram jika dia tidak tahu selok belok hukum susuan di sisi Islam
  2) Ada dua pendapat ulamak yang pro dan kontra dalam masalah ini.
________________________________________________ 


6-Senyuman Wanita

Soalan : kan kte taw senyum itu satu sedekah ..pastuu ada statement yg mnyatakan bhawe "perempuan yg baek adalah perempuan yg mahal senyumannye(kalu dop silap lar) ..guane gamok gtuu...cu kabor gok..dop konpius ngat hehehe

UAI : artinya wanita kne hati2 jgn sampai senyumannya itu menggoda lelaki.
________________________________________________

7-Hukum Pakai Telekung Corak2 dan Warna-Warni

Soalan : Salam alaik ustaz.,ustaz memandangkan byok ngat telekung hok kaler-kaler pah sarat nge bungo2. Pah ado jugok gamba buoh-buohan. Apo hukum paka kain smayang gitu ustak sapa kang nop mayang bang terganggu kelih kain semayang gituu..

UAI : wsalam ....makruh 
_______________________________________________

8-Hukum baca Al-Mathurat dan ayat Al-Quran semasa haidh/uzur

 Soalan : Salam ustaz, boleh dOp baca al-ma'thurat skali ngan ayat2 alquran ketika haid?

UAI : wsalam ..baca zikir dan doa saja
_______________________________________________

9- Status wuduk wanita sentuh kanak-kanak lelaki

Soalan : Apakah hukum batal atau tidak wuduk seseorang wanita jika bersentuhan kanak-2 lelaki?

UAI : tak batal
______________________________________________

10- Rukhsah wanita bekerja di dapur, boleh sinsing lengan sampai mana?


Soalan : Salam Ustaz. Nak tanya sikit. Dalam Islam ada rukhsah(keringanan) pasal perempuan buat kerja kat dapur. setakat mana baju lengan boleh sinsing ya ustaz?
 
UAI : wslam..setakat lengan tidak sampai siku..






Fiqih Wanita (Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus)

1 - Perempuan pakai minyak wangi

Soalan: salam ustak..nok tnye nim,sekadar mne oram puang buley paka minyok wangi?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ): wsalam..sekadar dirinya saja yg dapat baunya..kalau semerbak tak bolih.

___________________________________________________


2- Tak Ready Pakai Niqab/ Tudung Labuh

Soalan: assalamualaikum ustaz, bulis ker org puang cakak gni "dok ready ag pakai niqab/tudung labuh" ? bwase mcm dok patut je cakak gni

UAI : tapi malikat maut sentiasa ready nak ambil nyawanya bila-bila masa ..
___________________________________________________



3- Pakai tudung nampak leher, pakai baju ketat2 terbonjol2 sampai nampak bentuk tubuh.

Soalan : Banyak artis bila sudah balik dari tanah suci berubah 100%, tapi ada sesetengah artis tu berubah dari seksi seksa terus menutup aurat. Tapi pakai tudung nampak leher, pakai baju ketat2 terbonjol2 bentuk tubuh katanya fesyen muslimah, apa hukum tu ustaz? Bukan ke Islam menyuruh wanita menutup aurat dengan memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita itu, hanya terlihat wajah dan telapak tangan.

UAI : Pakai jubah tetap haram jika menampakkan bentuk tubuh badan..

 __________________________________________________



4-Hukum pakai jaket di luar tudung hingga menampakkan bentuk bahu

Soalan : assalamualaikum ustaz..jika seseorang perempuan memakai jaket diluar tudungnya, adakah bentuk bahu yang kelihatan adlah dibenarkan?

UAI : tidak haram keranan bentuk bahu tersebut tidak dikira berdosa melainkan ketat sehingga nampak bentuk dada.
 __________________________________________________


5- Labuh tudung wanita di bahagian belakang

Soalan : Tahap tudung labuh wanita di belakang boleh sampai tahap mana? Harap ustaz jawab :D

UAI : boleh sampai ke kaki..
 __________________________________________________



6- Azab bagi penyanyi wanita
Soalan : Assalamualaikum ustaz dan sahabat-sahabat.Nak tanya.Apakah azab yang akan Allah berikan kepada penyanyi wanita ?

UAI : wasalam. siapa yang menggunakan mulutnya utk derhaka kpd Allah akan dituang air yang panas ke dalam mulutnya dalam neraka..
 __________________________________________________

7- Hukum berkhitan bagi wanita
Soalan : assalamualaikum ..ust apekh hukum berkhitan bg org perempuan..adkah ia wajib ato sunat??? ade org kte sunat, ade kte wajib..hk mne ng ust..royak jgn dok ryk..

UAI : wajib disisi mazhab Syafie..
 _________________________________________________

8- Rambut gugur wanita datang haid sunat ditanam

Soalan : salam ustaz.. klu perempuan datg haidh.. syampu rambut, dan rambut yg gugur 2 nak buat mcm mana? kena simpan ka?? potong kuku masa haid plak, bleh ka?

UAI : wsalam..sunat tanam..tak salah potong kuku rambut masa haidh..
 __________________________________________________


9-Hukum wanita pakai overall semasa bertugas
Soalan : assalamualaikum guruku ape hukum pompuan yg pakai overall(baju safety untuk kilang) pastu tudung msuk dlam overal tu..?

UAI : wslam..jika menampakkan bentuk badan spt punggung dan dada kpd lelaki ajnabi, haram
 __________________________________________________

10-  Fenomena tudung berfesyen. Komen ustaz?
Soalan : assalam..ustak!! sye nak tnye..bleh dok puang pki tudung yg lembuk n lembik..cnth tudung arini, ekin dan lain-lain hk yg labuh @pung pendek..tudung zaman skang hk puang pki..sye hrp ustaz tlg jelaskng..sye xnok ore lain sye nok jawpan dr ustaz...sekian..

UAI : wsalam..lembut atau kasar bolih belaka dgn syarat menutup aurat yaitu tiada kelihatan warna aurat dan tidak menampakkan bentuk aurat spt leher dan dada..